05 Mei 2010
16 Mac 2010
KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege
Direkodkan oleh Muhammad Muzakkir at Selasa, Mac 16, 2010 0 comments
09 Januari 2010
Muharram: Dari "Single" kepada "Couple"
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).” (An-Nisa:34)
Para suami perlu INGAT bahawa mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.

Justeru perkara paling penting di dalam pengurusan rumah tangga ialah menjadikan baitulMuslim itu sebagai rumahtangga dakwah.Rasulullah saw merupakan contoh terbaik di dalam aspek pengurusan baituddakwah inii di mana Allah SWT berfirman:
Baginda saw telah menunjukkan qudwah yang baik di dalam aspek mendidik isteri terutama di dalam proses tarbiyah dan dakwah bagi seseorang isteri.Isteri-isteri baginda contohnya dididik oleh baginda untuk bersama-sama berjuang di medan peperangan untuk membantu kaum Muslimin.Para Ummahatulmukminin ini menjadi contoh kepada para isteri dan para suami di dalam melayari dan menguruskan rumahtangga yang dibina.
Rumahtangga dakwah yang sebenarnya ialah apabila berlaku proses pendidikan atau tarbiyah Islamiyah di mana proses ini sangat penting untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam. Jika rumahtangga hidup tanpa tarbiyah Islamiyah maka ia akan mencacatkan kemanisan rumahtangga dan keseriusan di dalam berdakwah. Adalah perlu diingat bahawa rumahtangga Muslim merupakan sebahagian juzuk di dalam proses membentuk masyarakat yang memahami dan menghayati Islam sehingga disebut sebagai mujtama` Islamiy.
Akhir kata da'wah dan pendidikan perlu dilaksanakan di dalam rumah tangga secara terancang dan berterusan. Anak dan isteri perlu dibimbing peringkat demi peringkat dan tahap demi tahap untuk menjadikan dakwah Islam sebati dengan kehidupan mereka.
Direkodkan oleh Muhammad Muzakkir at Sabtu, Januari 09, 2010 3 comments
29 September 2009
MERENUNG NILAI TAQWA PASCA RAMADHAN : LONJAKAN MENINGKATKAN AMAL

Ramadhan yang telah berlalu meninggalkan kita membentuk kita menjadi hamba yang iltizam dengan ibadah fadhiyah seperti solat, puasa, tilawah, iktikaf, zakat dan sebagainya di mana bekalan-bekalan ini kearah meningkatkan nilai taqwa bagi seseorang Muslim untuk terus bekerja melaksanakan tuntutan Allah swt setelah berakhirnya bulan yang mulia ini. Namun hakikatnya apa yang kita saksikan pada hari ini, Ramadhan berlalu tanpa memberi kesan terhadap nilai taqwa kepada diri kita. Musim ketaatan dan ketaqwaan ini seolah-seolah pergi bersama musimnya yang menjenguk kita setahun sekali. Aidilfitri dihiasi dengan makanan yang enak, pakaian yang baru beserta wangi-wangian baru. Penyair arab menyebut :
Laisa al-’iidu man labisa al-jadid Walakin al-’iid man tho’atuhu taziid.
(Hari Raya bukanlah ditandai dengan pakaian baru, tetapi hakikat hari raya adalah siapa yang ketaatannya bertambah maju)
Sebagai Muslim yang faham dan sedar akan hubungan dengan Penciptanya serta menghayati pengertian dan tuntutan Ramadhan akan terus memelihara hubungan ini walaupun Madrasah Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Muslim ini akan meyakini bahawa 11 bulan yang berbaki masih mampu menyemai nilai taqwa dengan amal soleh serta akan terus berusaha menambahnilai amalan solehnya untuk manfaat dirinya dan juga manfaat semua. Marilah kita merenung beberapa nilai untuk kita refleksi diri dan merenung kembali nilai taqwa sebagai usaha untuk meneruskan pecutan amal soleh kita di 11 bulan yang berbaki :
1. Nilai Fastabiqul Khairat (Berlumba-lumba Mengerjakan Kebaikan
Allah swt berfirman :
“Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Baqarah :148)
“ Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (Ali Imran :133)
Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (Al-Hadid :21)
Bersegera di dalam merebut dan mengejar kekayaan kebajikan dan amal soleh merupakan salah satu ciri orang yang beriman dan bertaqwa serta faham akan tuntutan Rab terhadap mereka. Jika kita merenung ke belakan, kita mendapati para Nabi Allah dan sahabat Nabi saw berebut-rebut untuk mengerjakan amal soleh pagi dan petang sedangkan mereka telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Lalu renunglah diri kita yang masih belum dijanjikan sebarang berita gembira di akhirat kelak. Maka untuk memperolehi berita gembira ini di akhirat kelak, marilah sama-sama kita terus melaksanakan segala tuntutan yang melayakkan kita untuk menjejakkan kaki di dalam syura Allah swt.
2. Nilai Mujahadah (Kesungguhan)
Bagi seseorang Muslim, melaksanakan amal soleh kepada Rab memerlukan pengorbanan kerana syurga Allah tidak dapat diperolehi dengan semudah-mudahnya. Ia memerlukan kita melalui kesusahan, kepayahan dan pengorbanan untuk merasai nikmat syurga di akhirat kelak. Pengorbanan ini yang disebutkan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika menjawab pertanyaan berkaitan Taqwa di mana beliau menggambarkan Taqwa itu seolah-olah kita berusaha dan berhati-hati melalui jalan yang dipenuhi dengan duri.Kesungguhan ini datang dari niat yang ikhlas serta dibuktikan dengan amal yang serius dan bersungguh-sungguh. Allah Ta’ala memuji dan menjanjikan syurga kepada para pejuang amal shaleh yang dengan serius dan penuh kesungguhan membuktikan bahwa ketakwaan bukan hanya sekadar untaian kata-kata manis dan hiasan bibir tetapi perlu dibuktikan dan ditunjukkan. Allah berfirman :
“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun, dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian (tidak meminta-minta).” (Adzdzaariyaat : 16-18)
Bagi individu Muslim yang sedar dan faham akan mendapati bahawa ibadah mereka tidak tertumpu kepada ibadah ritual yang bersifat hablumminallah (hubungan dengan Allah) semata-mata namun mereka turut melaksanakan tuntutan yang bersifat hablumminannas (hubungan kemanusiaan). Mereka menjaga kebajikan golongan yang memerlukan seperti golongan fakir miskin, anak yatim, wanita terbiar dan golongan warga emas.Sebagai balasan atas komitmen kesungguhan ini Allah akan membuka jalan kepada mereka seperti firman Allah swt :
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami maka Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami”. (al-Ankabuut: 69)
3. Nilai Istimroriyah (Berterusan)
Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah ditanya: “Apakah amalan yang paling dicintai Allah? Baginda menjawab: “Amalan yang dilaksanakan secara berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari).
Aisyah Ummul Mukminin menjelaskan bahwa Rasulullah adalah orang yang paling konsisten dalam melakukan amalan/ibadah (HR.Muslim). Menjaga nilai istimror merupakan sebahagian daripada tanggungjawab individu Muslim yang sedar dan faham di mana ia menjadi satu ruh yang menjiwai amalan tersebut samada berkualiti atau tidak. Dalam rangka menjaga kesinambungan amalan, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga kadang mengganti (qodho) suatu amalan yang beliau tidak lakukan pada waktunya disebabkan halangan yang mendatang. Maka selepas Madrasah Ramadhan pergi meninggalkan kita, ibadah yang pernah dan mampu kita lakukan di bulan Ramadhan lalu hendaklah dikekalkan agar ibadah ini terus kekal sebagai ibadah walaupun sedikit serta tidak menjadi adat yang akan menghilangkan semangat kita di dalam menjaga hubungan dengan Allah swt.
Nilai Taqwa Ramadhan ini juga dapat diteruskan dengan pelaksanaan Puasa 6 hari di bulan Syawal di mana diriwayatkan daripada Nabi saw bahawa jika seseorang berpuasa Ramadhan lalu disusuli dengan puasa 6 hari Syawal maka pahalanya seolah-oleh berpuasa selama setahun. Penerusan proses berpuasa ini sebenarnya melatih individu agar tidak berhenti secara terus dan mengejut daripada puasa Ramadhan sebaliknya digalakkan secara berperingkat seperti puasa 6 hari di bulan Syawal atau puasa Isnin dan Khamis. Islam menggalakkan agar momentum istimroriyah di dalam bulan Ramadhan ini terus dikekalkan walaupun berakhirnya bulan Ramadhan al-Mubarak.
4. Prinsip Tawazun (Keseimbangan)
Syariat Allah adalah syariat yang dibangun di atas landasan at-taysir wa raf’ul masyaqqah (mudah dan tidak mempersulit). Ia diciptakan untuk manusia yang mempunyai keterbatasan dalam banyak hal. Allah tidak mensyariatkan satu bentuk perintah ataupun larangan kecuali semuanya dalam batasan kesanggupan dan kemampuan manusia itu sendiri. Allah taala berfirman :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah : 286).
Memaksimumkan amal soleh bagi individu Muslum tidak bererti kita harus bersikap ekstrim atau melampau di dalam melaksanakan ibadah yang disyariatkan. Ia bermaksud melaksanakan ibadah sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan serta tidak memandang remeh dan memudah-mudahkannya.
Dalam kitab Shahih al-Bukhari diceritakan perihal tiga orang sahabat yang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam untuk mengetahui tentang ibadah-ibadah Rasulullah. Ketika disampaikan kepada mereka tentang hakikat ibadah Rasulullah, merekapun tiba pada kesimpulan bahwa apa yang dilakukan oleh Rasulullah masih sedikit. Dalam kisah tersebut, masing-masing dari ketiga sahabat itupun berjanji. Sahabat yang pertama berjanji untuk melaksanakan qiyamullail sepanjang malam dan tidak tidur. Sahabat kedua benjanji untuk berpuasa sepanjang tahun (setiap hari). Dan sahabat ketiga berjanji untuk tidak berkahwin. Mendengar hal tersebut, Rasulullah pun segera menegur mereka dengan mengatakan bahawa sunnah baginda adalah bersikap seimbang dalam ketiga perkara tadi.
Sikap tawazun dalam beramal dan menjauhi ghuluw (melampau) merupakan di antara yang terpenting dalam memaksimumkan amal soleh. Menjaga kesederhanaan, keseimbangan dan tetap menjaga hak-hak yang lain (hak keluarga, badan dan yang lainnya) inilah yang akan memberikan nafas yang panjang dalam pelaksanaan amalan itu sehingga tidak menyusahkan apatah lagi sampai tah[ meninggalkan amalan itu secara total. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :
“Bersikap sederhanalah, bersikap seimbanglah pasti kalian akan tiba ke kemuncaknya”. (HR. Bukhari).
Kesimpulannya marilah sama-sama meningkatkan komitmen dan iltizam kita dengan mempertahankan nilai-nilai taqwa yang dipraktikkan di bulan Ramadhan lalu agar ucapan takbir, tahmid dan tahlil ke buat Rabbul Jalil merupakan ucapan kemenangan yang bermakna dan berkesan buat diri kita sepanjang menghadapi madrasah ujian yang lalu. Semoga Allah memperkukuhkan langkah kita di dunia ini hingga kita pergi mengadap Allah Rabbul `Izzati di akhirat kelak.
Direkodkan oleh Muhammad Muzakkir at Selasa, September 29, 2009 4 comments
20 September 2009
EID MUBARAK...SEMOGA TERUS ISTIQOMAH
الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا اله الا الله هو الله أكبر الله أكبر و لله الحمد
Semoga berada di bawah lembayung rahmat Allah selepas sebulan menempuh madarasah Ramadhan.Kini Syawal datang menjelma untuk menguji istiqomah kita di dalam beramal.InsyaAllah ada sedikit perkongsian dari.Hadith daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w, bersabda, maksudnya: "Hiasilah hariraya kamu dengan takbir." (Riwayat Tabrani)
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin, berkata takbir itu dimulai pada malam hari raya puasa sampai waktu mengerjakan solat. Malam raya adalah antara malam yang diberkati.
Daripada Abu Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: "Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (Riwayat Ibn Majah)
Doa pada malam raya diperkenankan Allah, sebagaimana jelas Imam Syafie dalam kitab Al-Umm: "Dinyatakan kepada kami, doa sangat mustajab pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaban."Pada hari yang mulia itu Nabi s.a.w dan sahabat bertakbir, malah bersolat hari raya secara berjemaah.
Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Teruskan mujahadah kita untuk terus istiqomah dan iltizam dengan ibadah yang kita amalkan di dalam madrasah Ramadhan yang lalu. Semoga Allah menerima amalan kita sebagai amalan yang soleh.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI DARI ANA SEKELUARGA..MINAL AIDIN WAL FAIZIN..TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM
Direkodkan oleh Muhammad Muzakkir at Ahad, September 20, 2009 0 comments
02 September 2009
Memperingati Peristiwa 13 RAMADHAN

1. Mengingati pemergian Almarhum al-Ustaz Umar Tilmisani Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang Ketiga
Di 13 Ramadhan 1406 H, sesuai untuk Mei 22, 1986: berlakunya pemergian Ustaz Umar Tilmisani, Mursyidul Am ketiga Ikhwanul Muslimin, selepas kehidupan jihad dan pengorbanan, yang ditunjukkan melalui kesabaran dan ketekunan selama tahun-tahun menanggung seksaan di penjara Nasiriyah.
2. Ketibaan Saidina Umar al-Khattab r.a ke Palestin dan pembukaan Baitul Maqdis.
Pada 13 Ramadan 15 h bersamaa 18 Oktober 636 M tiba Amirul Mukminin Saidina Umar ibn al-Khattab ke Palestin selepas pertempuran sengit dengan tentera Islam untuk membuka bandar-bandar Syam dan menyerahkan kunci bandar Baitulmuqaddis, menulis surat kepada para penduduk dengan memberi jaminan keamanan terhadap jiwa dan ruh mereka.
SUMBER
Direkodkan oleh Muhammad Muzakkir at Rabu, September 02, 2009 3 comments
24 Ogos 2009
Risalah Sang Mursyid & Murabbi
Risalah dari Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, 13-08-2009
Penterjemah:
Menyambut Bulan Ramadhan; Bulan Perbaikan dan Reformasi Ruhi
Ramadhan adalah bulan peningkatan spiritual
Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah dan shalawat dan salam atas Rasulullah saw beserta keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya, selanjutnya;
Rasulullah saw bersabda:
إِنَّ لِرَبِّكُمْ فِي أَيَّامِ دَهْرِكُمْ نَفَحَاتٍ، فَتَعَرَّضُوا لَهُ، لَعَلَّهُ أَنْ يُصِيبَكُمْ نَفْحَةٌ مِنْهَا، فَلا تَشْقَوْنَ بَعْدَهَا أَبَدًا
“Sesungguhnya Tuhan kalian pada hari-hari hidup kalian sentuhan-sentuhan, karena itu hadapilah untuknya, semoga salah satu darinya ada sentuhan yang kalian dapatkan, lalu kalian tidak akan sengsara selamanya”. (Thabrani).
Dalam riwayat lain disebutkan:
لَعَلَّ دَعْوَةً أَنْ تُوَافِقَ رَحْمَةً يَسْعَدُ بِهَا صَاحِبُهَا سَعَادَةً لاَ يَخْسَرُ بَعْدَهَا أَبَدًا
“Semoga doa di dalamnya menggapai rahmat dan memberikan kebahagiaan pemiliknya melalui sebagai kebahagiaan yang tidak akan merugi selamanya setelahnya “.
Saat ini kita sudah berada pada malam-malam untuk menyambut keagungan musim kebaikan dan hampir sudah dekat; akan segera terbit bulan Ramadhan dengan membawa kebaikan, petunjuk dan keberkahan, sehingga hati menjadi bahagia dan jiwa menjadi cerah; Nabi saw bersabda:
أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا، بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَا مَرَّ بِالْمُسْلِمِينَ شَهْرٌ قَطُّ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَمَا مَرَّ بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ قَطُّ أَشَرُّ لَهُمْ مِنْهُ، بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ اللَّهَ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَذَاكَ لِأَنَّ الْمُؤْمِنَ يُعِدُّ فِيهِ الْقُوَّةَ مِنْ النَّفَقَةِ لِلْعِبَادَةِ، وَيُعِدُّ فِيهِ الْمُنَافِقُ ابْتِغَاءَ غَفَلاَتِ الْمُؤْمِنِينَ وَعَوْرَاتِهِمْ، فَهُوَ غُنْمٌ لِلْمُؤْمِنِ، وَنِقْمَةٌ لِلْفَاجِرِ
“Telah menaungi pada bulan ini, dengan kebaikan Rasulullah saw yang tidak akan melewati kaum muslimin sedikitpun satu bulan kecuali membawa kebaikan darinya, dan tidak melewati kepada orang-orang munafik sedikitpun satu bulan ini kecuali membawa keburukan darinya, dengan kebaikan Rasulullah saw, bahwa sesungguhnya Allah akan menuliskan ganjarannya dan ibadah-ibadah sunnahnya, sebagaimana akan menulis pertentangannya dan kesengsaraannya sebelum ia dimasukkan ke dalamnya, dan hal tersebut karena orang yang beriman memberikan di dalamnya kekuatan dari suatu nafkah sebagai ibadah, dan memberikan di dalamnya bagi orang munafik mencari kelalaian orang-orang beriman dan aib mereka, dia adalah (bulan) yang penuh ganimah bagi orang beriman dan musibah bagi orang yang jahat”. (Ahmad dan ditashih oleh Ibnu Khazimah).
Pada hadits tersebut Nabi saw menjelaskan akan bentuk kebaikan bulan ini (Ramadhan) bagi pemilik keimanan. Mereka adalah orang-orang senantiasa menunaikan ibadah pada bulan ini sehingga rohani terus meningkat samada shalat, puasa, tilawah Qur’an, qiyam; dan bersegera melakukan kebaikan, sedekah, tahajjud dalam suasana ruhi yang bersih, jiwa yang tertata, nilai-nilai kemanusiaan yang mulia; aktif bekerja untuk membersihkan diri dari nafsu syahwat yang paling tersembunyi. Mereka juga berusaha mengalahkan dan mengendalikan berbagai kecenderungan jahat yang ada dalam jiwa-jiwa mereka.Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan untuk merubah waktu makan dan minum belaka, namun ia merupakan bulan perombakan (revolusi) atas perut yang kemaruk dan syahwat yang terus bergelora, akhlaq yang buruk dan jahat, bulan yang mampu menyempitkan peredaran aliran syaitan yang terdapat dalam jiwa pada setiap anak cucu Adam. Ia juga dapat menghilangkan perasaan jiwa yang lemah dan ruh yang terbelakang, bangga dengan penyimpangan, kekikiran, keterpedayaan dengan materi dan hiasan duniawi yang fana. Bulab Ramadhan juga dapat menghancurkan sifat egoisme dan perpecahan dengan saling bahu membahu dalam kebaikan, taqwa dan berpegang teguh pada tali agama Allah yang kokoh. Ramadhan adalah bulan pemenuhan seruan Zat yang paling mulia dan tinggi:
يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ
“Wahai para pencari kebaikan bersegeralah dan wahai para pencari kejahatan berhentilah”. (Tirmidzi)
Anda menyaksikan akan rohani yang bergelora, nampak jelas akan sifatya seperti di masjid-masjid yang penuh dan ramai oleh para orang tua, pemuda, anak-anak laki-laki dan perempuan.Begitu juga di tempat-tempat terbuka, di rumah-rumah dan sarana transportasi seakan ada di tangan orang-orang yang berpuasa, Anda menyaksikan dengan jelas dihadapan jiwa yang menyatu dalam berbagai suasana acara ifthar keluarga dan jamaah umum baik di rumah dan masjid-masjid dimana saja yg anda singahi. Dalam program keagamaan yang banyak dilihat di berbagai media televisi, muncul dengan jiwa dan pribadi yang baik dalam kedermawanan, bersedekah dan memberi sehingga mampu mencetak kehidupan umat pada bulan ini dengan penuh kasih sayang, dan semuanya dapat saling mengungkapkan kata-kata “Ramadhan karim”.Begitu pula kita melihat berbagai kesanya secara kongkret dalam kehidupan kita. Namun demikian didalam melihat perjalanan dan kondisi umat saat ini, kita menyaksikan akan keterbelakangan dan kemunduran dalam bentuk kepemimpinan menuju kemajuan, kenapa tidak padahal nabi saw bersabda:
إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ
“Jika masuk bulan Ramadhan maka pintu-pintu dibuka dan pintu-pintu ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu”. (Muttafaq alaih)
Maka dari itu, apakah para duat juga mau memanfaatkan kesempatan ini untuk menumbuhkan kesadaran agama dan dakwah mereka di dalam hati umat sehingga menjadi baik dan tertata rapi? .Dan apakah para diktator yang telah melakukan kezhaliman terhadap jiwa mereka sendiri, saudara mereka, warga mereka, umat mereka bahkan agama mereka mahu meninjau kembali sikap mereka dan berusaha membersihkan diri dari kezhaliman dan kesalahan mereka serta berazam untuk bahu membahu dengan para mukhlisin untuk bangkit demi kemaslahatan dan kemajuan serta masa depan umat?
Marilah kita mengingat sabda nabi saw:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan kata-kata kotor (keji) dan melakukannya maka Allah tidak membutuhkan darinya dalam meninggalkan makan dan minumnya”.
Ramadhan; bulan (diturunkannya) kitab-kitab samawiyah.
Pada bulan inilah seluruh kitab Allah diturunkan, dan yang terakhir adalah Al-Qur’an Al-Karim, Rasulullah saw bersabda:
أُنْزِلَتْ صُحُفُ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ فِى أَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، وَأُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ لِسِتٍّ مَضَيْنَ مِنْ رَمَضَانَ، وَالإِنْجِيلُ لِثَلاَثَ عَشْرَةَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ، وَأُنْزِلَ الْقُرْآنُ لأَرْبَعٍ وَعِشْرِينَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ
“Suhuf Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada malam ke enam bulan Ramadhan, Injil diturunkan pada malam ke tiga belas bulan Ramadhan dan Al-Qur’an diturunkan pada malam ke dua puluh empat bulan Ramadhan”. (Ahmad)
dan dalam riwayat lain disebutkan:
وَأُنْزِلَ الزَّبُورُ عَلَى دَاوُدَ فِي إِحْدَى عَشْرَةْ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ
“Dan Zabur diturunkan kepada nabi Daud pada malam ke sebelas bulan Ramadhan”. (Abu Ya’la)
Hadits diatas mengisyaratkan dengan jelas bahwa pada bulan yang mulia ini adalah bulan adanya hubungan bumi dengan langit, bulan pembaharuan dan penumbuhan ruhi (spiritual) dan hadhari (peradaban), karena itu pula berbagai kebangkitan besar yang terjadi dan dialami di sepanjang sejarah umat manusia yang dpipimpin dan diajarkan pada ajaran Allah dimulai pada bulan yang mulia ini.
Maka dari itu, dimanakah perginya umat Islam pemilik kalimat Ilahiyah terakhir untuk kemaslahatan umat yg sedang berhadapan dengan peperangan dan perseteruan yang berkecamuk yg ditimbulkan oleh kejahilan yang menimpa kehidupan umat manusia. Apakah yang telah kita berikan untuk umat manusia yang telah terpedaya oleh api kebendaan yang jahat, dan tenggelam dalam berbagai bentuk permisifme yang keji?
Ummat manusia di saat ini sangat memerlukan sosok yang dapat mengembalikan jiwa pada ketenteraman, mewujudkan kedamaian di muka bumi, menghidupkan keadilan, kebebasan, persamaan dan kehormatan manusia.Tidak ada jalan lain untuk hal tersebut kecuali dengan menerapkan prinsip-prinsip Al-Qur’an.Dan alangkah indahnya jiwa umat Islam yang mau memulai menerapkannya dan bersikap ihsan dalam menjabarkannya dihadapan umat manusia seperti yang dilakukan oleh generasi Islam sebelumnya.
Wahai Ikhwanul Muslimin..
Wahai para shaimin… dan qaimin…
Jika para pemimpin dan lembaga-lembaga resmi enggan menerapkan risalah ini dengan baik, maka jadilah kalian pelakunya. Jadilah kalian yang bersedia mengemban amanah ini. Jadilah kalian aktivis penggerak dan pembawa risalah ini, dan jadilah kalian selalu berada di jalan Allah .Kalianlah mujahid untuk risalah ini. Jadilah kalian sebagai khalaf (generasi terakhir) bagi sebaik-baik generasi salaf, dan
“Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk]. hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, Maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Al-Maidah:105)
Ramadhan; bulan kemenangan besar
Bahwa peristiwa-peristiwa besar yang memperkuat dakwah Islam terjadi pada bulan yang penuh berkah ini, karena pada bulan inilah suasana ruhi meningkat dan memberikan pengaruh besar dalam memberikan kemenangan terutama pada medan jiwa dan ruh melalui perbaikan diri dan pembaharuan azimah (kehendak) dan iradah (keinginan), dan hal tersebut merupakan pembuka kemenangan dalam berbagai kancah kehidupan, dan karena itu pula kami melihat kemenangan-kemenangan besar Islam terjadi pada bulan ini, dimulai dari perang Badr Al-Qubra, dan penaklukan kota Mekah, dilanjutkan dengan perang melintasi Ain Jalut, dan diakhiri dengan perang pada hari kesepuluh dari bulan Ramadhan ini… karena itu, apakah umat Islam mahu menyadari akan makna yang mulia ini, menjadikannya sebagai titik tolak dalam menggapai kemenangan-kemenangannya melalui bulan Ramadhan ini dengan cara memperbaharui iman dan hubungan baik kepada Allah, sehingga dapat menghilangkan kondisi yang mengenaskan ini dan menjadi bagi yang besar untuk perbaikan umat manusia seluruhnya?
Dihadapan kita banyak permasalahan yang menyibukkan jiwa umat Islam yang bebas dan mulia .Intinya adalah qadhiyah Palestina dan Masjid Aqsha, yang tidak ada hari terlewatkan kecuali Zionisme selalu melakukan tindakan dalam mengakhiri qadhiyah dengan caranya sendiri; menutup rapat catatan-catatannya (file-filenya), melakukan isolasi bangsa Arab, menghancurkan masjid yang diberkahi dan menggantinya dengan haikal yang selalu diimpikan, menanamkan investasi pertikaian antara warga Palestina, kerancuan Arab, kebingungan umat Islam, dan konspirasi internasional. Dan tentunya para mujahidin yang berpegang teguh pada keteguhan seperti yang dimiliki pada pejuang dan pahlawan Badr, penaklukan kota Mekah, Ain Jalut dan sepuluh hari dari bulan Ramadhan dan orang-orang yang berada di belakang mereka yang merdeka dan mulia dari umat ini; tidak akan rela dan membiarkan para penjajah dan perampas dan kuncu-kuncunya mewujudkan impian mereka. Tidaklah kemenangan dan kemerdekaan Gaza kecuali sebagai awal kemenangan yang akan diiringi oleh kemenangan-kemenangan lainnya, dan bahwasanya kemenangan besar pasti akan datang dan tidak ada keraguan di dalamnya insya Allah…
وَيَقُولُونَ مَتَى هُوَ قُلْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَرِيبًا
“Mereka berkata: kapan hal tersebut terjadi, katakanlah waktunya telah dekat”. (Al-Isra:51)
Dihadapan kita juga ada qadhiyah/permasalahan Somalia, Sudan, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Turkistan timur, dan yang lainnya dari berbagai permasalahan yang sedang dialami oleh bangsa Arab dan umat Islam.Hendaknya umat Islam menyadari bahwa mereka telah disatukan dalam ibadah puasa dengan terbitnya fajar dan iftar ketika beduk Maghrib, bekerja dan berusaha untuk mengembalikan kondisi primanya, mengambil perannya yang kuat dengan tangannya, menghilangkan dari jiwa mereka akan sifat al-wahn dan lemah, sehingga dengan itu semua dapat menolak dari dijadikannya umat sebagai makanan empuk yang selalu diperebutkan oleh umat lainnya.
Wahai para shaimin dan qaimin di berbagai tempat
Bahwa Ikhwan telah menetapkan azamnya untuk tetap berada dalam jalan dakwah kepada Allah tanpa ada keraguan dan rasa malu, bekerja dan berusaha untuk menyelamatkan umat tanpa ada rasa putus asa dan malas, bersungguh-sungguh dalam berinvestasi (pada madrasah 30 hari) untuk mentarqiyah (meningkatkan) rohani dan dengan Ikhwan yang lainnya tanpa ada rasa gundah dan bosan, dengan bangga mereka meletakkan tangan mereka pada tangan yang lainnya (bersalaman) untuk membersihkan hati dan perbaikan diri, mengokohkan himmah dan menguatkan azimah. Menggunakan kesempatan ini untuk mendekatkan diri kepada Allah lebih banyak dan lebih banyak lagi, sehingga Allah berkenan senantiasa selalu bersama kita melalui dukungan dan pertolongan-Nya. Harapan kami setelah Allah, tidak ada keterbatasan antara kami dan anak-anak generasi umat yang merdeka, mulia dan bersih ini, karena itu marilah bersama kami, marilah bersama kami wahai Ikhwan yang tercinta; bersama menyatukan kebenaran, saling bergotong royong dalam kebaikan dan taqwa, sehingga kelak kita akan mampu mewujudkan cita-cita dan keinginan kita semua, dan mengembalikan kemuliaan yang hilang.
Kepada para Ikhwanul Muslimin
Imam syahid Hasan Al-Banna berkata: “gunakanlah kesempatan dengan baik, dan masuklah pada madrasah ini sejak awal, sedang antum dalam kondisi yang memiliki jiwa semangat, mencari untuk menggapai kesuksesan pada akhir pelajarannya, mengambil risalah dengan menggunakan berbagai sarana dan sebab-sebabnya, perbaharuilah tobat kalian pada setiap waktu, bacalah Al-Qur’an dengan penuh tadabbur dan khusyu’, nikmatilah puasa dalam jiwa kalian, mohonlah untuk dapat melakukan qiyam semampu kalian, perbanyaklah dzikir dan tafakkur, hilangkanlah ruh dan jiwa kalian dari lingkaran materi, dan jadikan kesungguhan kalian sebagai tanda adanya keistimewaan di antara para shaimin“
seperti dalam firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah:183)
Dan keluarlah dari puasa kalian menjadi orang-orang yang bertaqwa.
في موسمِ الطُّهْرِ في رمضانَ الخيرِ تجمعُنا محبةُ اللهِ لا مالٌ ولا جاهُ
مِنْ كل ذي خشـيةٍ للـه ذي وَلَـعٍ فِي الخيرِ تعرفُه دومًا بسيماهُ
قد قـدَّروا موسمَ الخيراتِ فاستبَقوا والاستباقُ هنا المحمودُ عُقباهُ
صامـوه قامـوه إيمانـاً ومُحْتَسَبًا أَحْيَوْه طَوْعاً وما في الخيرِ إكراهُ
وكلُّـهم بـات بالقـرآنِ مندمجـًا كأنَّه الدم يَسْـرِي في خـلاياهُ
فالأُذْنُ سامعـةٌ والعيـنُ دامعـةٌ والروحُ خاشـعةٌ والقلـبُ أوَّاهُ
Pada musim suci di bulan Ramadhan yang penuh dengan kebaikan… menyatukan kita dengan cinta kepada Allah bukan karena harta dan jabatan
Dari setiap jiwa yang memiliki rasa takut kepada Allah akan memiliki cahaya.. dalam kebaikan selalu dikenal dengan tanda-tanda
Telah ditetapkan musim kebaikan maka berlombalah… dan kompetisi ini adalah memiliki akhir yang terpuji
Berpuasalah dan lakukanlah qiyam dengan iman dan ihtisab… hidupkanlah dengan suka rela sekalipun dalam kebaikan masih ada yang membencinya
Jiwa mereka seluruhnya menyatu dengan Al-Qur’an.. seakan seperti darah yang mengalir di urat nadi
Telinga mendengar dan mata menangis… sementara ruh ikut khusyu’ dan hati kembali
Kepada pada pejuang kebenaran yang berada di balik jeruji kezhaliman
Dalam hadits disebutkan bahwa nabi saw bersabda tentang Ramadhan:
“Ia (Ramadhan) adalah bulan sabar dan sabar ganjarannya adalah surga”. (Ibnu Khuzaimah).
Karena itu saya sampaikan kepada kalian selamat dengan hadirnya bulan kesabaran, dan saya sampaikan pula kepada kalian bahwa kalian adalah orang-orang yang merdeka oleh karena keimanan dan aqidah kalian. Para penegak kebenaran pada saat yang lainnya lengah, memenuhi kebutuhan umat dan bangsa pada saat para pelaku kezhaliman melakukan penindasan, hadapkanlah jiwa kalian pada hari-hari yang penuh berkah ini kehadapan rabb kalian, dan jadikanlah hari-hari dan malam-malamnya sebagai perjalanan rabbaniyah dan pembersih jiwa, sekali-kali orang-orang yang sesat tidak akan mampu memudharatkan kalian jika kalian berada dalam hidayah, dan berharaplah pahala di sisi Allah selama kalian tidak tunduk pada kezhaliman melalui dakwah kalian dan umat kalian, dan tunggulah waktunya, bahwa bersama kesulitan ada kemudahan, dan tsiqahlah bahwa Allah menjadikan untuk kalian dan umat setelah kesulitan dan kesempitan sebuah kesenangan dan jalan keluar.
Allah maha Besar dan segala puji hanya milik Allah
Shalawat dan salam atas nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabatnya
Direkodkan oleh Muhammad Muzakkir at Isnin, Ogos 24, 2009 0 comments







