CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

24 November 2008

PEWARIS Wilayah Tengah


Pada hari Sabtu dan Ahad (22-23 November 2008), Kelab Rakan HALUAN (KeARAH) telah mengadakan Perkhemahan Remaja HALUAN Wilayah Tengah bertempat di Pusat Belia Bukit Lagong, Gombak, Selangor.Tema bagi program kali ini ialah Remaja Responsif yang bertujuan melatih para peserta agar cekap dalam bertindak balas bagi sesuatu perkara yang berlaku.Di antara pengisian program yang diadakan ialah Bina Menfiz di mana para peserta diberi peluang melakukan rock climbing dan flying fox yang dikendalikan oleh jurulatih daripada kem tersebut iaitu en Azwan, en Azrul dan kawan-kawan mereka.Pada malam hari mereka diberi pengisian berkaitan tajuk Salahuddin ke 2 yang dikendalikan oleh En Nasaruddin yang disusuli oleh slot Muhasabah diri oleh Ust Rahhim.Pada pukul 5.00 pagi para peserta dikejut daripada tidur untuk melakukan qiamullail.Seterusnya mereka melakukan solat subuh dan mendengar kuliah subuh oleh ust Muzakkir. Selepas bersarapan para peserta bersiap sedia untuk Kembara Responsif yang dipimpin oleh jurulatih kem tersebut.Setibanya di checkpoint 1 iaitu di Kampung Orang Asli Bukti Lagong, mereka telah melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan surau (khidmat masyarakat) bagi peserta lelaki manakala peserta perempuan telah mengadakan aktiviti sukaneka bersama-sama anak-anak orang asli.Kemudia mereka meneruskan kembara sehingga ke checkpoint ke 2.Kemudian selepas solat zohor dan makan tengahari, telah diadakan majlis penutup yang disempurnakan oleh Dr Nik Muktasim, YDP HALUAN Selangor.


















0 comments: