الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا اله الا الله هو الله أكبر الله أكبر و لله الحمد
Semoga berada di bawah lembayung rahmat Allah selepas sebulan menempuh madarasah Ramadhan.Kini Syawal datang menjelma untuk menguji istiqomah kita di dalam beramal.InsyaAllah ada sedikit perkongsian dari.Hadith daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w, bersabda, maksudnya: "Hiasilah hariraya kamu dengan takbir." (Riwayat Tabrani)
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin, berkata takbir itu dimulai pada malam hari raya puasa sampai waktu mengerjakan solat. Malam raya adalah antara malam yang diberkati.
Daripada Abu Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: "Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (Riwayat Ibn Majah)
Doa pada malam raya diperkenankan Allah, sebagaimana jelas Imam Syafie dalam kitab Al-Umm: "Dinyatakan kepada kami, doa sangat mustajab pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaban."Pada hari yang mulia itu Nabi s.a.w dan sahabat bertakbir, malah bersolat hari raya secara berjemaah.
Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Teruskan mujahadah kita untuk terus istiqomah dan iltizam dengan ibadah yang kita amalkan di dalam madrasah Ramadhan yang lalu. Semoga Allah menerima amalan kita sebagai amalan yang soleh.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI DARI ANA SEKELUARGA..MINAL AIDIN WAL FAIZIN..TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM
0 comments:
Catat Ulasan