CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

02 Jun 2008

Kem Remaja HALUAN...

Sila click http://www.youtube.com/watch?v=Q4Dbb4NpKfU untuk lihat video Kem Remaja HALUAN








Kem Komandan
Muhd Ali Noor Atif




Persiapan akhir
menghadapai
Kem Remaja HALUAN


Pada hari Sabtu, 31 Mei 2008-1 Jun 2008, HALUAN Malaysia telah menganjurkan Kem Remaja HALUAN selama 2 hari bertempat di Kolej Pendeta Zaaba,Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Seramai 88 peserta (56 lelaki, 32 perempuan) menyertai kem ini.Kem ini diadakan bermatlamatkan memperkasakan kefahaman tentang ciri-ciri pelajar Muslim contoh dan semangat kerjasama berpasukan dikendalikan oleh Pengarah, Ust Nur Muhammad dibantu oleh Ust Muhammad Muzakkir, Saudara Naqib Hamdan serta dibantu oleh hampir 25 orang fasilitator lelaki dan perempuan.Program ini dimulakan dengan sesi Taklimat oleh Kem Komandan, Saudara Mohd Atif dibantu oleh oleh Tim Kem Komandan, Saudara Hanif Hassan dan Saudari Nusaibah Muthmainnah Mohd Azmi.Program diteruskan dengan sesi Ice Breaking dan Heart Setting yang dikendalikan oleh oleh Saudara Fathi Hamdan dan para fasilitator.
Sesi Pendaftaran dan Taklimat
oleh Kem Komandan








Nyanyian nasyid tema program
"Marilah Beramal"



Kemudian selepas makan tengahari dan solat Zohor, mereka mengikuti Kuliah tentang Pelajar Muslim Contoh yang disampaikan oleh Pengarah Kem, Ust Nur Muhammad b Muhammad Jamil.Kuliah ini turut diselitkan Latihan dalam Kumpulan (LDK) menarik minat para peserta kem untuk mendapat input daripada mahasiswa cemerlang Universiti Malaya tersebut. Kemudian selepas solat Asar dan bacaan al-Mathurat,para peserta lelaki melakukan riadhah dengan melalui pertandingan Futsal yang melibat enam kumpulan iaitu Muslimin United, al-Khawarizmi, Synergy dan lain-lain manakala peserta puteri melakukan riadhah yan diaturkan oleh fasilitator mereka. Selepas makan malam dan solat Maghrib mereka mengikut kuliah Maghrib oleh Ust Muhammad Muzakkir tentang Pemuda hasil nukilan Imam asy-Syahid Hassan al-Banna.Selepas solat Isyak mereka mengikuti kuliah oleh pensyarah UKM merangkap Setiausaha Agung HALUAN, Dr Azizan b Ahmad.Beliau mencurahkan ilmu serta pengalaman beliau sebagai seorang pakar motivasi kepada para peserta berkaitan harapan beliau kepada pemuda dan pemudi hari ini.





Riadhah Futsal









Kuliah Maghrib





Sesi bersama Dr Azizan Ahmad






Go!!Go!!Go!! Fight!!Fight!!Fight!! Win!!Win!!Win!!





Kemudian keesokan harinya mereka bangun pukul 4.00 pagi untuk mengikuti program nightwalk dan qiamullail yang dikendalikan oleh para fasilitator.Mereka berjalan di sekitar Kolej Zaaba sebelum melakukan qiamullail di tanah lapang. Selepas solat Subuh dan bacaan al-Mathurat, para peserta melalukan regangan pagi dan bersarapan.

Pada pukul 8.00 pagi mereka terus berkumpul di depan blok asrama untuk sesi Kembara Tarbawi.Kembara Tarbawi ala treasure hunt ini telah diatur oleh para fasilitator agar mereka berjalan di sekitar UKM dan mencari check point yang disediakan di samping mengikuti aktiviti di check pointi tersebut.Kembara tersebut amat mencabar bagi mereka kerana mereka hanya perlu mencari sepucuk sampul surat untuk meneruskan perjalanan sehingga ada kumpulan yang sesat sepanjang perjalanan.Namun inilah pengalaman yang menguji semangat berpasukan dan ukhuwwah di kalangan mereka.Kembara ini mengambil masa 2 jam 30 minit untuk para peserta menghabiskannya dan mereka kelihatan gembira, penat namun berpuas hati dengan kembara tersebut.


Kembara Tarbawi
ala Treasure Hunt


































Selepas kembara tarbawi, telah diadakan majlis penutup dan penyampaian sijil yang telah disampaikan oleh Pengerusi Program, En Mohd Nasaruddin b Abd Manaf yang meletakkan harapan tinggi buat generasi pewaris.

1 comments:

Pejuang Islam berkata...

nice blogspot....nice article....teruskan usaha....smoga kejayaan mnjadi milik Ustaz...:)