CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

02 Jun 2008

ToT Wilayah Tengah...









Training of Trainers (ToT)

Pada hari Jumaat, 30 Mei 2008, HALUAN dengan kerjasama ProCAST Consultacy telah mengadakan program Training of Trainers (TOT) kepada mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dan Lepasan SPM 2007.Program julung-julung kali di Wilayah Tengah ini telah diadakan selama sehari bermula selepas Jumaat di Kolej Pendeta Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia.Program ini dikendalikan oleh Pakcik Nasaruddin dibantu oleh Ust Nur Muhammad dan Ust Muzakkir.Program ini bertujuan melahirkan para pemimpina Islam di masa hadapan di samping menyiapkan diri sebagai fasilitator untuk program keesokan hari.Program dimulakan dengan sesi taklimat,taaruf oleh Pengarah prgram, Ust Nur Muhammad b Muhammad Jamil.

Pada sebelah malam diadakan penyampaian fikrah oleh Ust Wan Muhammad Nahar dan Ust Khairan daripada UIA yang bertajuk :"Aslih Nafsaka wad`u ghairaka".Kemudian para peserta yang akan bertindak sebagai fasilitator berbincang untuk Kem Remaja HALUAN yang akan bermula keesokan hari.Pembahagian dan pendetailan tugas pun bermula.Saudara Mohd Atif dilantik sebagai Kem Komandan, saudara Hanif Hassan dan Saudari Nusaibah sebagai Tim Kem Komandan.Mereka bertungkus lumus menyiapkan tugasan sehingga ke pagi untuk menyambut adik-adik.



Para Peserta ToT merangkap fasilitator Kem Remaja HALUAN

0 comments: