CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

19 Disember 2008

KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT (KHIDMAH 08)

HALUAN MALAYSIA dengan kerjasama Jawatankuasa Qariah Masjid Kampung Setar telah menganjurkan program Khidmat Bakti Masyarakat (KHIDMAH 08) bertempat di Kampung Setar, Yan, Kedah Darul Aman pada 15-20 Disember 2008 yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan, Kedah. Program bertujuan membentuk para pelajar yang dapat memberi khidmat bakti dan bantuan kepada masyarakat. Program itu melibatkan empat kampung iaitu Kampung Setar, Kampung Titi Serong, Kampung Perigi serta Kampung Perupuk. Program ini melibatkan 3 sekolah angkat HALUAN iaitu Ma`had Attarbiah Al-Islamiah (MATRI) Perlis, Sek Menengah Ibn Khaldun (SMIK), Selangor dan Sekolah Menengah Swasta Kampung Laut (SMSKL), Terengganu iaitu seramai hampir 80 orang peserta. Di antara program yang dijalankan ialah mereka mengadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring bersama masyarakat kampung, mengadakan sukaneka untuk anak-anak masyarakat kampung, mengadakan kelas tambahan dan motivasi kepada anak-anak masyarakat kampung, ceramah kaum ibu oleh Puan Maimunah Hashim (perunding motivasi HALUAN), ceramah keibubapaan oleh En Rosdi Baharum (perunding motivasi HALUAN), ceramah Cintailah Sungai Kita, Ceramah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat kampung, tinggal bersama keluarga angkat dan Forum Perdana yang mengundang Presiden HALUAN, Naib Presiden HALUAN dan Pensyarah IPDA sebagai ahli panel.

Semoga program kali ini berjaya menyampaikan mesej Islam buat penduduk kampung Setar seterusnya menjalinkan ukhuwwah yang kukuh sesama Muslim.

Liputan program oleh Suratkhabar SINAR 17/12/2008





Majlis Perasmian


Pelajar SMIK & SMSKL


Pelajar MATRI

Pelajar Puteri SMIK


Pertandingan Bola Sepak

Sukaneka
Gotong-royong memasak bersama penduduk kampung

Cenderahati kepada keluarga angkat

Bergambar kenang-kenangan

0 comments: