CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

09 Disember 2008

Program Ibadah Korban Bersama Orang Asli

Pada hari Ahad 7/12/2008, saya bersama rombongan ahli HALUAN Malaysia telah bertolak ke Cameron Highlands untuk mengadakan program ibadah korban bersama masyarakat orang asli di Perkampungan Kuala Boh, Cameron Highlands.Program yang diketuai oleh Tim Presiden HALUAN, Ust Mohd Darus Senawi Ali, kami sebanyak hampir 13 kereta telah berkumpul di Gombak dan bertolak ke Cameron Highlands pada pukul 9.00 pagi.Kami tiba di Sg Koyan, Pahang sekitar pukul 1.00 tengahari lalu memasuki kawasan Kuala Boh yang memakan masa selama 1 jam.Pelbagai ujian dan cabaran yang ditempuh sepanjang perjalanan kami.Ada beberapa buah kereta yang tidak masuk kerana terlekat pada tanah yang lembab akibat hujan selain perjalanan kami dibasahi oleh hujan lebat.Kami tiba di perkampungan orang asli sekitar pukul 3.00p petang. Setelah mengemas barang, makan tengahari kami mengadakan program untuk kanak2 masyarakat orang asli dan mengedarkan telekung & selipar untuk setiap anak orang asli. Pada malamnya semua peserta mendengar amanat dan pesanan daripada Naib Presiden HALUAN, Ust MOhd Darus Senawi.Keesokannya selepas solat sunat aidiladha bersama masyarakat orang asli, kami telah mengadakan korban sebanyak 6 ekor lembu.Alhamdulillah saya berkesempatan menyembelih seekor lembu.Kemudian kami mengadakan jamuan makan tengahari bersama-sama masyarakat orang asli. Setelah selesai mengemas kami pualng dan keluar dari kawasan Kuala Boh.
Sesungguhnya ibadah korban tahun ini amat mencabar dan mengingatkan kami akan pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam..Semoga Allah menerima amalan dan pengorbanan kita.



0 comments: